Saturday, 3 November 2012
Wednesday, 31 October 2012
Sunday, 28 October 2012
isi - isi penting karangan Tahap 2
HARI GURU
|
HARI SUKAN
|
HARI KANTIN
|
KEMPEN TANDAS
SEKOLAH BERSIH
|
FAEDAH KELAS
TAMBAHAN
|
KEBAIKAN
MENGGUNAKAN KOMPUTER
|
KEPENTINGAN
MASA
|
KEBURUKAN
PERMAINAN VIDEO
|
HARI KO-KURIKULUM
|
PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
|
KES BULI
|
CARA
MENGEMBIRAKAN IBUBAPA
|
HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN
|
FAEDAH
MEMBACA
|
KEPENTINGAN
MENJAGA KEBERSIHAN
|
KEPENTINGAN
BERJIRAN
|
HARI
KANAK-KANAK
|
KEBAIKAN
MENGIKUTI KEM MOTIVASI
|
Saturday, 29 September 2012
UNIT 1 : STRATEGI MENJAWAB SOALAN MEMINDAHKAN
MAKLUMAT.
1. Teliti gambar yang diberikan dan memahami idea keseluruhan gambar tersebut,
2. Mengenal pasti aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.
3. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan tersurat sahaja
4. Jangan memberikan nama khusus kepada watak tertentu yang terdapat dalam
gambar. Gunakan gelaran secara umum untuk watak tersebut.
5. Pastikan ayat yang dibina menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul.
UNIT 2 : STRATEGI MENGARANG YANG BERKESAN
A. Pilih soalan yang tepat.
a. Baca semua soalan.
b. Pilih tajuk karangan berserta format yang benar-benar kamu kuasai.
c. Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.
B. Carilah Kunci Soalan
I). Kunci karangan biasanya berupa kata atau rangkaian kata. Contohnya :
i. Nyatakan………
ii Tulis laporan………..
iii Sediakan teks syarahan……..
II) Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada
kehendak soalan
C. Sediakan Rangka Karangan.
· Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
· Isi-isi karangan perlu diberikan huraian berserta contoh yang sesuai.
· Karangan anda harus mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk
D. Tulislah karangan yang baik
· karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
· Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum
tentang kehendak soalan.
· Pada bahagian isi,memadailah empat isi berserta contoh yang sesuai.
· Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan apa-apa yang
apa-apa yang ditulis dalam perenggan isi
· Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun, dan
sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.
E. Semaklah karangan
· Tujuannya supaya:
(a) markah tidak ditolak
(b) dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa;
(c) dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi;
(d) panjang karangan menepati arahan soalan
Subscribe to:
Posts (Atom)